dimanche 5 décembre 2010

Rawat Hatimu Itu!

Salam wbt. Apa khabar semua?? Iman? Apa khabar iman mu, wahai teman? Ku panjat kan doa tinggi2 ke hadratNya semoga dlm lindungan dan REDHA Allah selalu, insyaAllah.

Salji da turun di kwsn bumi napoleon siniiii. Salju suukaaaaaaaaa sgt tgk salji2 putih tuuu. Cantik! Subhanallah. Sering terdetik, bagaimana titisan2 snowflakes yg kecik tuuu boleh memenuhi jalan2, pokok, padang2, bukit2, bandar2, hatta negara dan benua. Hebatnya Dia. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar. Marila teman2 yg salju sayangi, kita perbanyakkan zikir kerana, semua makhluk pun suda mengetahui cara2 berzikir kpd Allah. Maka, refleksi diri kita, dlm byk2, ribu2 perkataan yg keluar dr mulut kita sehari-harian, brapa byk perkataan kita guna ntok mengagungkan Allah?? =,(

Seseorang pernah berkata kpd salju. " Lihatlah awan. Kalau lah dgn mengeluarkan air hujan, atau mengeluarkan salji tuuu salah satu cara awan berzikir,maka banyakkk nyaaaaa zikir awan kpd Allah" Sedangkan kita, makhluk nya yg plg mulia?? Sama2 kita muhasabah dan berusaha memperbaiki diri, insyaAllah=)





Salju xpandai menulis sgt.Huhu. Tp, salju suka membaca. Sini, salju nk share satu artikel dr iluvislam. InsyaAllah, ada mesej di c2. Pasal hati,,Jom baca=)






Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.

Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.

Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.

'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.

Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?

Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.

Naudzubillah..

Itulah bahayanya riya' dan ujub!

Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'

Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'

Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.

Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!

Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!


Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.

Ingatlah kata-kata Allah taala,

"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]

Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.Amin..







p/s: Kecantikkan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh tapi di dalam hati. Harta karun yang hakiki tidak terletak pada zahirnya, namun pada apa yang tidak dapat dilihat. Kasih sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang dikerjakan dan tidak diketahui.

jeudi 4 novembre 2010

keranaku wanita=)




Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

dipetik dari: http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1083-nafas-cinta-insyirah.html

lundi 18 octobre 2010

Atas Nama Cinta=)

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah. Dapat juga salju corat coret sini, walaupun lama dah nk buat. Huu. Sejuk betul 2-3 hari ni kt besancon. Rinduu kt kehangatan malaysia tercinta. Walau apa pun, setinggi-tinggi syukur salju panjatkan ke hadrat-Nya, masih diberi peluang bernafas, dan diberi kesihatan, untuk menjadi hambaNya,yang Maha Pengasih dan Penyayanh. Alhamdulillah.Alhamdullillah.

Di kesempatan ini, salju berbesar hati nk share satu lagu dgn semua. Lagu ni bkn lagu baru pon. Lama dah. Salu dengar. Boleh hafal da chorus tu. Hihi. Tapi mungkin sebelum ni, salju dengar ntok pleasure telinga je. Jadi, xmenghayati sgt lirik de. Tapi bila salju dengar2 balik, subhanallah. Rase cantik sangat lirik de. Mengingatkan kembali salju, cinta agung Allah swt, satu cinta yang harus kita cari, semasa masih dipanjangkan nafas. So, lets cekkitdaut=P



Atas Nama Cinta (UNIC)

Tika mata,
Diuji manisnya senyuman,
Terpamit rasa,
menyubur harapan.
Dan Seketika,
Terlontar ke dunia khayalan,
Hingga terlupa
Singkat perjalanan

Tersedar aku, dari terlena,
Dibuai lembut belaian cinta.

Rela aku pendamkan,
Impian yang tersimpan,
Enggan ku keasyikan,
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta,
Pada Dia yang lebih sempurna
.

Bukan mudah,
Bernafas dalam jiwa hamba
,
Dan ku cuba,
Menghindarkan pesona maya,
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka,

Di atas nama cinta,
pada yang Selayaknya,
Ku nafikan yang fana,
Moga dalam hitungan,
Setiap pengorbanan,
Agar disuluh cahaya redhaNya,
(Agar disuluh redhaNya).

Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya haikikat cinta,
Dia yang Esa.
Saratkan hati ini,
Dengan cinta hakiki,
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya, RedhaNya


p/s: OOh lupa. Salam pena dr salju ya! =)

lundi 30 août 2010

DARI MANA NAK KE MANA?

Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah,walhamdulillah,wala ila ha illallah,wallahu akhbar.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Setelah sekian lama menunggu,akhirnya dibukakan juga hati ini untuk menyampaikan risalah secara penulisan.Bukan tidak mahu sebelum ini,tetapi hati masih ragu-ragu dan kurang yakin dengan kemampuan diri.Mahukah orang membaca penulisanku yang tidak seberapa ini?
Astaghfirullahalazim.Akhirnya diri ini tersedar daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut anak adam untuk tidak melakukan kebaikan.Sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”.Kata-kata rasulullah yang tercinta inilah yang berjaya melonjakkan semangat saya untuk berkongsi ilmu melalui pena.
Diri ini juga merasakan ada sesuatu kekurangan sejak kebelakangan ini.Hanya memfokuskan kepada tugas HAMBA sehingga terlupas tugas yang lagi satu iaitu KHALIFAH.Tarbiyyah tanpa dakwah,ibaratnya seperti kereta yang diisi penuh dengan minyak,tetapi sayang kereta itu tidak dipandu ke mana-mana,hanya tersadai di tempat parking.Tarbiyyah mestilah seiring dengan dakwah.Barulah sempurna tugas kita.
“DARI MANA NAK KE MANA”.Tertarik dengan tajuk ini.Sesuai dengan lirik lagu Penantian nyanyian Bienda.Kenapa?Sebabnya,fitrah manusia akan bertanyakan tiga soalan di dalam dirinya:
-Aku berasal dari mana?
-Apakah tujuan hidupku?
-Ke mana aku akan kembali?

samedi 28 août 2010


Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
 A’idh Al-Qorni

olok-olok

cerita hri ni,cerita dr jauh..dr overc..
haa..rsa cm sume tawu kot.
kalo org yg dduk d overc tu ade mcm2 pesyen.
ade yg alim[alhamdulillah]..ade yg jd mat saleh celup [astaghfirullahalazim..bla la nk sdar2 ni]
ada plak yg sedang2..[dia pegi cmtu..blik pon cmtu..nothing happened]

yg kite risao tu yg 2nd..yg dh jd mat saleh..bkn takat rsao pnmpilan nye..malah pmikiran dia jgak..
kalo nk tawu, org barat ni pndai "cucuk2" org2 kita..ajk g joli la..nari2 la..rsa2 arak ke..sbb dia tu x tahu sgt pon sal agama kita..ade yg tawu..tp buat2 x tawu..ske plak nk mmprovok org..

amat lah sdih bla anak2 muda yg pegi blaja bwk blik bdaya barat tu..budaya yg elok insyaallah kita trima..
tp kalau bdaya yg mmperlekehkn agama sndri, apa kes?

[...]apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan(oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka,sebelum mereka memasuki perbicaraan yang lain.Karena (kalau tetap duduk bersama mereka, tentulah kamu serupa dengan mereka.[...]
          An-Nisa ayat 140


Lihatlah bagaimana mereka mempersendakan kita....







































Maka, hati2 lah memilih kawan...mereka mgkin musuh dlm slimut..

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan musuh-Ku dan musuhmu sebagai teman-tman setia sehigga kamu sampaikan berita-berita Muhammad, karena kasih sayang; padahal mereka telah ingkar kepada kebenaran yang disampaikan[...]
          Al-Mumtahanah ayat 1

vendredi 27 août 2010

intro~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Alhamdulillah..setelah sekian lama bercita2 tuk wt blog,,akhirnya dgn izinNya..terlahir la blog Soldier of Ummah ni.
Sebenarnya, sy ni xde la pndai sgt tulis2 ni..sket2 boley la..
Objektif blog ni pon sbenarnya tuk berkongsi idea/pndapat n post2 dr website laen berkenaan dgn Islam..maka nya..sbhgian drpd blog ini mgkin bkn hasil nukilan sy sndri,tp dr entry2 blog2 islamik laen.
Insyaallah niat sy bkn ingin mncuri idea,disebaliknye ingin mngembangkn dan meluas kn ilmu dlm mnuntut agama Islam..
Semoga pngunjung2 dpt mngmbil iktibar dan kita cuba mmperbaiki diri dr hari ke hari utk mnjejakkn kaki di pintu syurga Allah di negeri akhirat kelak.

wasalam.