mardi 3 avril 2012

Buku Kesayangan



Salam wbt

Jika AkuCintaAllah tanya kepada rakan² kesayangan sekalian, apakah buku kesayangan kita? Novel Ombak Rindu? Novel omputih? Komik ? Animé? K-Pop (errr) ? Reader's Digest?jeng²..masing² mesti terbayang buku² kesukaan masing² kan? Kalau kite dah suka dengan buku tu, mesti kita selalu bawak buku tu pi mana², n akan rasa excited dan tak sabar² nak membaca buku tu bila ada waktu yang free..faham kan setakat ni?(tak payah faham, just imagine ok?)

So, straight to the point. Nak share ilmu, tapi AkuCintaAllah tak banyak pun ilmu, so why not AkuCintaAllah share experience kan?

Kalau soalan "apakah buku kesayangan AkuCintaAllah?" ditanya pada beberapa tahun yang lepas, AkuCintaAllah akan jawab "Buku kesayangan is Majalah Remaja".

TETAPI ,

Kalau soalan tu ditanya sekarang, AkuCintaAllah akan jawab "Buku kesayangan saya yang akan saya biasakan untuk bawa bersama dan saya akan cuba baca setiap hari adalah AL-QURAN"

Majalah Remaja VS AL-QURAN..akhirnya, Al-Quran jugak yang berjaya menambat hati AkuCintaAllah dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Semoga Al-Quran akan menemani kita nanti bilamana kita berada di dalam kubur keseorangan.

Rakan² sekalian tertanya-tanya tak?Macam mana AkuCintaAllah boleh terpaut dengan Al-Quran yang isi kandungannya sama dari dulu, sekarang dan sehingga hari Kiamat (err..cuma warna Al Quran kita yang berbeza-beza, AkuCintaAllah punye Quran warna pink.hihi) dan sekaligus membuang Majalah Remaja yang setiap bulan bertukar kulit depannya dan isi kandungan yang berlainan tema setiap bulan?

Bon bah (ekspresi dalam french), segalanya bermula dengan TARBIYYAH.Tarbiyyah tu apa, senang cakap, bila masuk "bulatan gembira".Bulatan gembira tu apa?Senang cakap, USRAH.
Yang macam Wardina dan Heliza join tu..Yay!!boleh geng dengan Wardina dan Heliza lah eh AkuCintaAllah?opss.hati².Kita masuk "bulatan gembira" bukan sebab ikut trend ya?Tapi, sebab kita nak mendidik diri dan hati kita menjadi seorang individu muslim yang baik, yang faham tujuan hidup , yang melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan di muka bumi ini, sebelum pergi menghadap Allah.Betol tak?

Nak tanye sikit.Kalau pergi kelas, boleh ke lecturer mendidik hati dan diri kita?kalau dengar ceramah kat TV (itupun kalau free,kalau xfree, tadela eh ceramahnya), boleh ke nak didik diri kita untuk menjalinkan hubungan yang mesra dan intim dengan Allah?even nak bina hubungan yang mesra dan intim dengan seseorang pun perlukan masa yang bertahun - tahun dan usaha yang berterusan, ini kan pulak dengan Allah, Pencipta kita yang kita tak nampak, tetapi beriman dengan kewujudanNya dan beriman dengan suruhanNya.

So, the point is, kita perlu lakukan sesuatu usaha yang membolehkan kita mempunyai hubungan mesra dengan Allah , yang boleh meningkatkan dan mengkonsistenkan amalan kita sampai menghadapNya dalam ertikata lain MATI. Apakah dia? AkuCintaAllah akan jawab USRAH@BULATAN GEMBIRA.Semoga kita semua usrah sampai ke anak cucu, sampai menghadap Allah (sama² doa ok?)


Ehem.Back to our topic. Buku kesayangan is Al-Quran.
Melalui USRAH, AkuCintaAllah belajar untuk membaca Quran sekali dengan maksudnya.Dulu time sekolah, baca arab je berpage page, tapi sayang tak faham apa.Tapi insyaAllah dapatla pahala membaca kan.
Sangat lain bilamana kita membaca walau hanya satu potong ayat Quran beserta dengan maksudnya, bacaan itu memberi satu impak yang maksima kepada hati kita.Itulah kelebihan bertadabbur. AkuCintaAllah selitkan sedikit info² dari kuliah yang baru didengari.

Tadabur itu tidak sama dengan tafsir.Faham tu?
Tadabur : kita membaca ayat Quran dan maksudnya dan kita cuba untuk reflex diri kita atau semua perkara yang kita lihat, rasa dan alami di sekeliling kita dengan ayat tersebut.
Faham ke?AkuCintaAllah tak faham mula².Ok.That's y ustaz tu bagi satu contoh : Cuba imagine kita sedang bergelut dengan peperiksaan. Stress, cuak dan sebagainya menyelubungi kita. Kita sedih sebab banyak lagi yang kita belum study sebab kita tengah demam pulak time exam tu. Tiba² , dalam kita dok selak page Quran secara randomly, mata kita terpaku pada satu ayat yang berbunyi begini " Wahai orang² yang beriman ! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh Allah beserta dengan orang² yang sabar" (Surah Baqarah ayat 153) .So, how do u feel? Kita seolah-olah mendapat semangat dan menemui solution kepada kerisauan kita tadi...Macam mana perasaan itu timbul?Bilamana kita tadabbur ayat itu, daripada ayat tu, kita kaitkan dengan apa yang tengah kita alami pada waktu tu. Al-Quran itu memang Allah berikan kepada kita. So, kita patut rasa bahawa semua ayat² itu memang ditujukan kepada kita.

The point is, Al-Quran itu memberi solution kepada kita dalam kehidupan ..Selaklah page Al-Quran itu secara random, insyaAllah setiap ayat yang kita baca itu memberi satu solution kepada kita jika kita cuba untuk mentadabburnya.
Boleh ke majalah Remaja memberi solution kepada AkuCintaAllah bilamana sedang tension dan tak puas hati dengan housemate sendiri?jeng²..lagi² tajuk Remaja bulan tu berkisar tentang "Alam Cinta".tentu TIDAK.

Sebab itu AkuCintaAllah memilih Al-Quran sebagai buku kesayangan.Al-Quran tu boleh bagi solution kepada semua masalah, pada bila² masa dan di mana jua.Tapayah tunggu keluaran setiap bulan kan? Sebab dia adalah MUKJIZAT..kene faham tu ok?..kalau nak rasa yang Al-Quran itu memang satu mukjizat, kita bacalah Quran dan tadabbur ayat² Allah setiap hari..dari semasa ke semasa, kita akan temui , rasai kehebatan Quran itu yang mampu menitiskan air mata kita, yang mampu meredakan amarah kita, yang mampu mencegah kita daripada perbuatan jahat kepada perbuatan baik, yang mampu mengubah fikiran kita dalam masa yang singkat etc..

Dan sebab itu jugak, hati ini selalu merindui untuk berbulatan gembira setiap minggu..Sebab nak share apa yang AkuCintaAllah rasa, dan apa jugak yang orang² lain rasa dengan ayat² Allah ni.Subhanallah.masing² punya perasaan tersendiri terhadap ayat² Quran ni..

Teringat bila tempoh hari di sebuah surau di Paris (first time tahu yang kat situ ada surau.selalu pergi kat Masjid Paris jek..Alhamdulillah dapat jumpak satu surau.nanti sapa² g paris , boleh singgah di surau kat hentian metro Chateau d'Eau).
Ceritanya, AkuCintaAllah dan dua orang sahabat dipertemukan dengan seorang wanita french yang memeluk Islam, dan seorang makcik Tunisia.
Wanita french ni menceritakan detik² dia mengenal Islam. Dan ianya melalui Al-Quran.Dia baca dan kaji Al-Quran itu dan segala apa yang dia jumpai dalam Quran itu memberikan kesan yang mendalam kepada hatinya dan akhirnya dia memilih utk masuk Islam.
So, kalau wanita french ni boleh reflex ayat² Quran itu dengan dirinya, dan ruhul istijabah (semangat menyahut) perintah² dan larangan² Allah dalam Quran itu, mengapa tidak kita yang dilahirkan daripada perut seorang yang Islam?
Sebab tu, bila baca Quran, we should respond something with those ayat.

Contoh : Pakaian mereka dari cairan aspal , dan wajah mereka ditutup oleh api neraka (surah ibrahim ayat 50)
Bila baca ayat ni, apakah respon yang patut kita berikan? Sepatutnya, kita timbul rasa takut dan gementar, lalu mula meninggalkan dosa² yang sedang kita lakukan.


Semoga kita mula mendampingi Quran, dan menjadikannya sebagai buku kesayangan yang kita bawa dan baca ke mana² dan di mana².Semoga bacaannya membekas di hati kita.
Say bye² tu Majalah Remaja, Komik, Novel Cinta, dan lain² lagi (errr...jangan abaikan pulak buku pelajaran ok?belajar itu ibadah jugak)..Sentuhlah surat cinta daripada Allah untuk kita, bacalah ia hari² dengan tadabbur sekali.Kalau kita mendampingi Quran di dunia ni, insyaAllah nanti Al-Quran akan berkata pada Allah "Dia ini dahulu di dunia suka mendampingiku, biarlah aku pula menemaninya di dalam kubur ini"Subhanallah.nak macam tu tak?

jeudi 2 février 2012

Choose your path







Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?

Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu.

Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka?
==========================================

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.


-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kamu sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.

Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.

Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata.

Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

mardi 31 janvier 2012

Ajouter une légende

Wahai manusia, suatu ketika dahulu engkau pernah berada di suatu alam yang engkau sendiri tidak pasti di mana wujudmu. Suatu hari nanti engkau akan kembali semula ke suatu alam yang engkau sendiri belum pasti bagaimana nasibmu.
 
Apakah engkau mengira kehidupan ini begitu sia-sia sehinggakan engkau bebas berbuat sesuka hatimu?



“The life of this world is but play and amusement: and if ye believe and guard against Evil, He will grant you your recompense, and will not ask you (to give up) your possessions.” [Muhammad:36]

seek for Allah

When we are stressed, we listen to music instead of listening to the Qur’an. When we feel sad, we cry to our friends instead of crying to Allah. When we feel angry, we scream instead of doing wudhoo. When we feel empty, we go watch a movie instead of reflecting on the words of Allah. When we feel cheated, we plan to take revenge instead of having patience. When we don’t like another Muslim, we gossip about them instead of loving for the sake of Allah. When we need inspiration, we look into the lives of the wealthy instead of the lives who have been promised paradise. Why do we look for peace and happiness in all the wrong places? Do we not understand that engaging in the wrong behavior will only make matters worse?