
Ukhuwwah,satu perkataan yang cukup indah.Dan ianya lebih indah jika ukhuwwah itu kerana Allah.Bertemu keranaNYA dan berpisah juga keranaNYA.Pernahkah merasai nilai ukhuwwahfillah itu?
"12 jam je pun duduk dengan akhawat Dublin tu.tapi effect die memang rasa sgt2 la kat kat hati ni"-cerita ukhti Balqis dengan semangat dan muka yang berseri-seri
Apela yang ukhti Balqis ni rasa kan.Kita yang duduk dah berbulan bulan dengan si A ni,tak pernah pun rasa kemanisan yang digambarkan oleh ukhti Balqis ni.Kenapa ek?
"Mungkin hubungan kita dengan Allah pun tak cukup kuat.Dating dengan DIA pun sekali seminggu je.Sebab tula kita tak dapat rasa nilai kemanisan ukhuwwah tu. Sekadar buat-buat rasa je tak best.Mau lahir sendiri dari hati nurani baru feel"-celoteh ukhti Aisyah.
Dalam kita seronok berukhuwwah,berkongsi makanan bersama,tidur bersama,bercerita bersama,saling ingat-mengingati,tiba-tiba hadirlah seseorang yang cuba merosakkan kemesraan ini.
"Dia ni bukan nak tolong angkat barang.Orang balik penat-penat nih"
"Setiap kali program dia asyik dapat tugas mudah jerr..aku ni punya la bertungkus-lumus"
"Asyik-asyik aku je yang masak.Bila dia nih nak masuk dapur pulak"
"Bangun qiyam sorang2 je die nih.Bukan nak kejut orang.Nak baik sorang-sorang la tu"
Bisikan-bisikan sebeginilah yang lahir dari hati kita,selepas mendapat hasutan syaitan.Oh.liciknya syaitan tu kan.Tak senang duduk rupanya dia dok tengok kita berukhuwwah kerana Allah.Nak kacau bab2 ibadah,dia ni memang dah solat dan baca Quran hari-hari.Akhirnya syaitan plan untuk menyelit dalam ukhuwwah ni.Sehinggakan orang yang kita paling sayang pun,kita akan rasa benci secara tiba-tiba.So,sekarang ni nak ajak diri sendiri dan semua orang berhati-hati dengan virus-virus ukhuwwah ini.
1. Tamakkan nikmat dunia
Bila tiba bab-bab duit,ramai antara kita yang berdiam diri.Duit dalam poket sendiri pun tak cukup,macam mana nak infak untuk program.
“Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”
(Al-Hasyr:9)
2. Tidak santun dalam berbicara
Bila orang tegur kita garang bila bercakap,kita akan rasa tak selesa.
"Nak buat mcm mana dah memang aku cakap mcm ni.huhuhu.biarlah dia nk terasa ke ape"
3. Tidak pedulisme
Kadang-kadang kita sibuk menjaga adik-adik daripada menjaga housemate kita sendiri.
"Ooo..Dengan orang lain sibuk je die tanya khabar.Aku housemate die yang dah demam berhari-hari ni,bukannye die nak tolong buat bubur ke ape.Berat sebelah sungguh"
"Dia ni nak pergi kelas ke tak.Malasnye nak jenguk die kat bilik.Takpela.Dah besar pun,pandai-pandai la jaga diri kan"
4. Membuat perbicaraan rahsia
“Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat pembicaraan rahsia , kecuali jika orang ketiga mengizinkan, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih”.
(Riwayat Ahmad)
5. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan cadangan
asyik rasa idea die je yang bagus.inila yang dikatakan RIAK.
6. Sering membantah dan berbeza pendapat
Dalam syura akan timbul perkara ni.Pandai-pandai la kita control keadaan.Setiap kali memberi pendapat mestilah dengan hujah-hujah.
7. Memberi teguran di depan orang lain
Kita kena cuba elakkan menegur seseorang itu di depan khalayak ramai.Barangkali orang tu tak suka sebab akan memalukan dia.Nanti kan,nasihat kita tak diterima bahkan rasa sakit hati dan dendam yang datang
8. Sering menegur
Anas bin Malik, pelayan Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan tentang kelemah-lembutan Rasulullah s.a.w.. Kata beliau : “Aku menjadi pelayan Rasulullah s.a.w. selama 10 tahun, dan selama itu baginda tidak pernah mengeluh atau menegur pekerjaanku, seperti mengatakan, ‘Kenapa kamu lakukan ini?’, juga tidak pernah berkomentar ketika aku tidak melakukan sesuatu, seperti mengatakan ‘Kenapa kamu tidak melakukan ini?’.
9. Mudah percaya hasutan orang yang mengadu domba dan dengki
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
(QS. Al-Hujarat: 6).
10. Membuka rahsia dan aib
“Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya.”
(Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad)
“Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….”
(Muslim)
11. Sering mencampuri urusan peribadi
“Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.”(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)
12. Enggan mengungkapkan perasaan cinta
“Jika seorang di antara kamu mencintai saudarnya karena Allah, maka kabarkanlah kepadanya, karena hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta.”