lundi 30 août 2010

DARI MANA NAK KE MANA?

Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah,walhamdulillah,wala ila ha illallah,wallahu akhbar.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Setelah sekian lama menunggu,akhirnya dibukakan juga hati ini untuk menyampaikan risalah secara penulisan.Bukan tidak mahu sebelum ini,tetapi hati masih ragu-ragu dan kurang yakin dengan kemampuan diri.Mahukah orang membaca penulisanku yang tidak seberapa ini?
Astaghfirullahalazim.Akhirnya diri ini tersedar daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut anak adam untuk tidak melakukan kebaikan.Sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”.Kata-kata rasulullah yang tercinta inilah yang berjaya melonjakkan semangat saya untuk berkongsi ilmu melalui pena.
Diri ini juga merasakan ada sesuatu kekurangan sejak kebelakangan ini.Hanya memfokuskan kepada tugas HAMBA sehingga terlupas tugas yang lagi satu iaitu KHALIFAH.Tarbiyyah tanpa dakwah,ibaratnya seperti kereta yang diisi penuh dengan minyak,tetapi sayang kereta itu tidak dipandu ke mana-mana,hanya tersadai di tempat parking.Tarbiyyah mestilah seiring dengan dakwah.Barulah sempurna tugas kita.
“DARI MANA NAK KE MANA”.Tertarik dengan tajuk ini.Sesuai dengan lirik lagu Penantian nyanyian Bienda.Kenapa?Sebabnya,fitrah manusia akan bertanyakan tiga soalan di dalam dirinya:
-Aku berasal dari mana?
-Apakah tujuan hidupku?
-Ke mana aku akan kembali?

Teringat pula dalam sesi taaruf semasa menghadiri kelas baru dan sewaktu dengannya .Soalan yang mesti diajukan,asal mana?kenapa pilih kelas ini?lepas ni nak jadi apa?etc.
Orang yang tidak mempunyai agama sekalipun akan tertanya-tanya dengan persoalan ini.Tapi sayangnya,mereka gagal untuk menerima kenyataan bahawa dunia ini ada al-Khaliq(Pencipta).Mengapa?Mungkin mereka mahu bukti Allah itu sendiri hadir di hadapan mereka.Tapi itu tidak akan terjadi .Nabi Musa A.S pernah meminta untuk melihat Allah.Tetapi,Allah telah berfirman yang kita tidak mampu/sanggup untuk melihatNya.Sebaliknya lihatlah kepada ciptaanNya(manusia,gunung2,haiwan etc).Semua ini diceritakan di dalam Surah Al-Araf ayat 143.
Untuk memikirkan zat Allah,adalah sesuatu yang tidak tercapai akal.Analoginya seperti menyuruh seorang budak tadika menyelesaikan latihan matematik tambahan.Ilmunya tidak cukup untuk membuat latihan sebegitu.YA.Samalah dengan kita manusia yang akalnya tidak mampu untuk memikirkan zat Allah.
Berbalik kepada persoalan-persoalan “DARI MANA NAK KE MANA”.Bagaimana cara setiap dari kita menjawab kepada soalan-soalan itu?Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.Dia tahu yang fitrah kita akan tertanya-tanya akan kejadian diri sendiri.Sebab itulah Dia telah menurunkan kepada kita surat cintaNya yakni Al-Quran yang mana di dalamnya akan menjawab persoalan tadi.
Tetapi malangnya,kita manusia mengabaikan Al-Quran itu.Mengapa?Kerana kita terleka dengan dunia.Syaitan telah menjadikan dunia ini begitu indah pada pandangan kita.Lalu,bila Al-Quran diabaikan,mulalah kita membuat teori-teori sendiri bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan tadi.Contohnya,teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia berasal dari monyet.
Marilah kita mencari jawapan dengan berpandukan Al-Quran.Semuanya telah terjawab dalam surah Al-Alaq,wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W..
[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8]
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
Surah Al-Alaq 1-8
Di dalam surah Az-Zariyat ayat 56
“Aku(Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU”
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Jawapan kepada persoalan-persoalan tadi
DARI MANA-segumpal darah beku
TUJUAN HIDUP-beribadah kepada Allah dan sebagai khalifah
KE MANA-kembali kepada Allah
Kesan daripada tidak mencari jawapan di dalam Quran,manusia memandang tujuan hidupnya dalam skop yang sangat kecil-BELAJAR dan BEKERJA untuk mendapat wang bagi makan dan minum,membayar sewa rumah dan kereta.Kitaran belajar dan bekerja ini berjalan sehinggalah mereka mati.Sedangkan mereka telah lupa yang dunia inilah tempat untuk mencari bekalan semaximum yang boleh untuk kembali kepada Allah.Jika hanya kitaran belajar dan bekerja,itu sahajalah yang kita berikan kepada Allah kelak.Cukupkah?
Keadaan ini sangatlah berbeza dengan zaman para sahabat nabi.Bagi mereka,dunia ini hanyalah seperti sebelah sayap nyamuk,jika hendak dibandingkan dengan balasan di akhirat.
Jika kita bersedekah di zaman sekarang,mungkin kita rasa puas dan gembira kerana dapat membuat kebaikan.Tetapi,satu perasaan risau yang teramat dirasai oleh kaum muslimin di zaman rasulullah setiap kali mereka bersedekah.Mengapa?Kerana mereka takut-takut adakah sedekah mereka itu akan diterima Allah atau tidak.
Ayuhlah wahai sekalian manusia,marilah kita muhasabah diri kembali.Betulkan kembali tujuan hidup kita.Tidak Allah menciptakan kita dengan percuma.Mesti ada tujuannya.
“Dan tidaklah Kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya”-Al-Dukhan ayat 38.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire