Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah,walhamdulillah,wala ila ha illallah,wallahu akhbar.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Setelah sekian lama menunggu,akhirnya dibukakan juga hati ini untuk menyampaikan risalah secara penulisan.Bukan tidak mahu sebelum ini,tetapi hati masih ragu-ragu dan kurang yakin dengan kemampuan diri.Mahukah orang membaca penulisanku yang tidak seberapa ini?
Astaghfirullahalazim.Akhirnya diri ini tersedar daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut anak adam untuk tidak melakukan kebaikan.Sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”.Kata-kata rasulullah yang tercinta inilah yang berjaya melonjakkan semangat saya untuk berkongsi ilmu melalui pena.
Diri ini juga merasakan ada sesuatu kekurangan sejak kebelakangan ini.Hanya memfokuskan kepada tugas HAMBA sehingga terlupas tugas yang lagi satu iaitu KHALIFAH.Tarbiyyah tanpa dakwah,ibaratnya seperti kereta yang diisi penuh dengan minyak,tetapi sayang kereta itu tidak dipandu ke mana-mana,hanya tersadai di tempat parking.Tarbiyyah mestilah seiring dengan dakwah.Barulah sempurna tugas kita.
“DARI MANA NAK KE MANA”.Tertarik dengan tajuk ini.Sesuai dengan lirik lagu Penantian nyanyian Bienda.Kenapa?Sebabnya,fitrah manusia akan bertanyakan tiga soalan di dalam dirinya:
-Aku berasal dari mana?
-Apakah tujuan hidupku?
-Ke mana aku akan kembali?
