samedi 22 janvier 2011

Don't Be Yourself






B-“Yeke?ouuu..tak tahu pulak aku.Alaa.Relax la.Just be yourself ok?Hanie,hanie la.Kau,kaula.Jadilah dirimu yang seadanya.Janganlah hipokrit pulak”

JUST BE MYSELF @ JUST BE YOURSELF.

Ungkapan ini membuatku terfikir untuk seketika.Daripada ungkapan inilah timbulnya idea untuk berkongsi sesuatu dengan kamu di sana.

Cuba tanya hati saudara saudari sekalian.Apa yang dimaksudkan dengan JUST BE MYSELF bagi diri kalian sendiri?

JUST BE MYSELF = suka shopping,jadual tak tersusun,garang,suka marah,suka lewat-lewatkan solat,suka buang masa,baca Quran sebulan sekali je

Jika aku masih menggunakan pegangan “JUST BE MYSELF”,itulah diriku sekarang dan sampai bila-bila.Bagus ke macam tu?

Kalau ciri-ciri begitulah yang dimaksudkan dengan JUST BE MYSELF,sepatutnya kita membuang ungkapan itu jauh-jauh.Dan gantilah dengan ungakapan “CHANGE MYSELF” yang sememangnya lebih positif.Suke ke berada kat takuk lama?Hidup tanpa ada perubahan?

Hijrahlah.Yang jahat berhijrah menjadi baik.Yang baik berhijrah menjadi yang lebih baik.Tak jealous ke tengok kehidupan orang yang baik-baik?Baik macam mane tu?

Menjalani kehidupan sebagai individu muslim yang tahu tujuan kehidupannya di dunia ini dan menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup.

“Dan ini adalah Kitab Al-Quran yang Kami turunkan dengan penuh berkah.Ikutilah dan bertakwalah agar kamu mendapat rahmat”-Surah An’am Ayat 155

Macam mana nak berubah?Macam mana nak tahu cara hidup Islam yang sebenar?

Jawapannya,semuanya Allah dah beritahu dalam Al-Quran.Allah dah terangkan segala-galanya dalam manual kehidupan itu.Tapi sayangnya,hamba-hambaNya semakin hari semakin jauh dari Al-Quran,kerana banyaknya unsur-unsur keduniaan yang telah berjaya menarik kita dan akhirnya sedikit demi sedikit menjauhkan kita dari Al-Quran.Bila dah jauh dari Al-Quran,makin jauhlah kita dari Allah.Tapi,Allah tu kan Maha Penyayang.Walaupun kita mengabaikan surat-surat cinta dari Dia,Dia masih lagi memberi kita rezeki,memanjangkan nyawa kita so that kita masih mempunyai masa untuk bertaubat dan mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat.Masih tak mahu bersyukur lagi?

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia,dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong,tetapi apabila ditimpa malapetaka,dia banyak berdoa”-Surah Fussilat ayat 51

Allah sangat-sangat mencintai hamba-hambaNya yang berhijrah kepada kebaikan.Berubahlah sedikit demi sedikit.Berubahla keranaNya.Kalau kita benar-benar sayang dan takutkan azab Allah,lakukanlah yang terbaik untuk Dia.Kerana Dialah yang mencipta kita,kita hanyalah hambaNya.

Hamba yang ibaratnya seperti kereta control.Bila-bila sahaja Allah boleh mematikan baterinya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum,kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan dirinya.” Surah Al-Ra’du ayat 11

Change ourself according to Al-Quran and Sunnah

Baikilah diri dan serulah orang lain.Takkan nak masuk syurga sorang-sorang kan?

dimanche 16 janvier 2011

Say NO to Manusia Robot



Salam

Aku hanyalah hamba Allah di muka bumi ni.Kamu juga.Dan kita semua adalah hambaNYA di muka bumi yang sementara ini.Semua sudah clear ke dengan misi kita di sini?Atau masih lagi tertanya-tanya dan akhirnya fed up dengan persoalan kehidupan dan bertekad meneruskan kehidupan as manusia robot?Manusia robot?Bangun pagi,gosok gigi,pergi klas/kerja,balik rumah,siapkan hw,tidur dan esok ulang lagi benda yang sama.Cita-citaku umpama budak kecil.Ingin menjadi… (sile beri sendiri sejenis pekerjaan),menjaga parents(alhamdulillah),berkahwin,memiliki rumah besar etc.

Kenapa aku bercakap pasal manusia robot?Sebab aku dahulu pun pernah merasainya.Kamu sendiri?

Di saat itu,aku tidak clear dengan misi hidup di dunia ni.Tahu je akan mati dan menghadap Allah.Kalau nak masuk syurga,kenala buat lima rukun Islam(mengucap,solat,puasa,zakat,haji).Aku mengaku takutkan neraka,tapi betul2 ke aku tinggal ape yg Allah larang dan buat apa yg Dia suruh.To make it clear,aku bolehlah membayangkan diriku dengan ciri-ciri berikut pada zaman manusia robot itu.

  • Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu.
  • Membaca quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.
  • Mencintai nabi tetapi mengabaikan sunahnya.
  • Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.
  • Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya.
  • Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat.
  • Mahukan syurga tetapi tidak beramal solih.
  • Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.

Oh.pembohongkah aku?Aku mengatakan takutkan mati,tapi masih ligat dengan jahiliah-jahiliah.Aku suka-suka mengatakan mahukan syurga,tapi sudah cukupkah persiapanku?Eh,cukup la kan solat 5 waktu?Ah.Syaitan menghasut lagi.Berkira sangat ke aku utk beribadat kepada Allah?Bila cikgu mintak buat hw,tulis cantik2,siap warna2 lagi nota tu even cikgu x suruh.Tapi nak solat sunat,baca al-Quran hari-hari pun berkira ke dengan Allah.Boleh pulak jawab “Tu kan sunat.Buat dpt la pahala lebih,tak buat tak dapat apa2.”Dush3..

Kenapa aku jadi begitu?(boleh jugak tnya soalan ini kepada diri sendiri ye?)

8 perkara di atas itu adalah tanda-tanda hati mati.Kenapa hati boleh mati?

Hati mati bilamana hubungan kita dengan Allah makin jauh.Jiwa kosong tanpa mendengar ayat-ayat Al-Quran,tazkirah yang akan mengingatkan kita kepadaNYA,tujuan hidup kita,kematian kita yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja yang Dia mahu,neraka dan syurga.Solat yang dilakukan hari-hari,seolah-olah menjadi rutin harian,tanpa kita menjaga lagi niat mendirikan solat itu sendiri kerana Allah.Dan fenomena ini terus dibiarkan sehinggalah hati kita menjadi mati.Bila hati sudah mati,maka sukarlah untuk menerima nasihat/peringatan,dan susahlah untuk membezakan yang haq dan yang batil.

"belum tibakah waktunya bagi org2 yg beriman, utk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan (kpd mereka ) dan janganlah mereka ( berlaku ) spt org2 yg telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras."-Al-Hadid ayat 16

So,janganlah menunggu lama-lama sehingga hati menjadi keras.Nauzubillah min zalik.

Berilah peluang kepada roh kita untuk menerima makanan yang sepatutnya.Jangan kita asyik memberi makan kepada jasad,tetapi terlupa kepada roh kita yg memerlukan pengisian rohani,peringatan,zikir kepada Allah.Jangan hanya penuhkan peti ais dengan bekalan makanan selama seminggu,tetapi semak jugak bekalan kita yang hendak dibawa ke akhirat.

Sabda Rasulullah S.S.W. yang bermaksud :“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah S.W.T. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Mahukah kita kalah kepada syaitan?seronokkah kita melihat syaitan terbahak-bahak gelak kerana telah berjaya melalaikan kita dari Allah.

Cita-cita kita bukan hanya cita-cita kecil.Tetapi besarkanlah nilai cita-cita kita yakni mencari bekalan dan rahmat Allah untuk dibawa ke akhirat.Jadikan dunia sebagai alat untuk mendekatkan diri kepadaNYA dan sekaligus alat yang akan memberatkan penimbang kita di akhirat kelak.Ingatlah,setiap saat yang kita lalui sekarang ini akan ditanya kembali oleh Allah.Semoga setiap nafas ini mendapat keredhaanNya

Semoga kata-kataku menjadi amalanku juga.InsyaAllah.

-Insan yang sedang memperbaiki diri dan mengajak org lain jugak-