Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah. Dapat juga salju corat coret sini, walaupun lama dah nk buat. Huu. Sejuk betul 2-3 hari ni kt besancon. Rinduu kt kehangatan malaysia tercinta. Walau apa pun, setinggi-tinggi syukur salju panjatkan ke hadrat-Nya, masih diberi peluang bernafas, dan diberi kesihatan, untuk menjadi hambaNya,yang Maha Pengasih dan Penyayanh. Alhamdulillah.Alhamdullillah.
Di kesempatan ini, salju berbesar hati nk share satu lagu dgn semua. Lagu ni bkn lagu baru pon. Lama dah. Salu dengar. Boleh hafal da chorus tu. Hihi. Tapi mungkin sebelum ni, salju dengar ntok pleasure telinga je. Jadi, xmenghayati sgt lirik de. Tapi bila salju dengar2 balik, subhanallah. Rase cantik sangat lirik de. Mengingatkan kembali salju, cinta agung Allah swt, satu cinta yang harus kita cari, semasa masih dipanjangkan nafas. So, lets cekkitdaut=P
Atas Nama Cinta (UNIC)
Tika mata,
Diuji manisnya senyuman,
Terpamit rasa,
menyubur harapan.
Dan Seketika,
Terlontar ke dunia khayalan,
Hingga terlupa
Singkat perjalanan
Tersedar aku, dari terlena,
Dibuai lembut belaian cinta.
Rela aku pendamkan,
Impian yang tersimpan,
Enggan ku keasyikan,
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta,
Pada Dia yang lebih sempurna.
Bukan mudah,
Bernafas dalam jiwa hamba,
Dan ku cuba,
Menghindarkan pesona maya,
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka,
Di atas nama cinta,
pada yang Selayaknya,
Ku nafikan yang fana,
Moga dalam hitungan,
Setiap pengorbanan,
Agar disuluh cahaya redhaNya,
(Agar disuluh redhaNya).
Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya haikikat cinta,
Dia yang Esa.
Saratkan hati ini,
Dengan cinta hakiki,
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya, RedhaNya
p/s: OOh lupa. Salam pena dr salju ya! =)
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire